Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi telah mengembalai beberapa sekutu mereka di rantau Timur Tengah untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Perkara itu memaksa kerajaan dan warga Qatar mengambil beberapa langkah berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang besar.
Tindakan memutuskan hubungan denga Qatar oleh Arab Saudi pada hari Isnin sebelum diekori oleh Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir, Maldives, Mauritius dan bekas kerajaan Yaman.
Perbankan antarabangsa Qatar juga dilaporkan mula menerima kesan apabila bank-bank Sri Lanka menghentikan pembelian Riyal Qatar. Menurut mereka, bank-bank yang mempunyai kerjasama dengan mereka di Singapura telah menasihatkan mereka untuk tidak lagi menerima matawang itu setelah Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Sebahagian pihak turut mengatakan bahawa kerugian yang ditanggung pihak terbabit akibat daripada pengasingan Qatar sudahpun mencecah sekitar USD 11.5 bilion.
Berikut adalah kesan ekonomi yang mungkin timbul berikutan sekatan tersebut.
Makanan
Jumlah perdagangan bahan makanan di antara Qatar dan Arab Saudi/UAE (secara berdua) dinilai berada pada angka USD 310 juta sebelum krisis diplomatik itu. Angka itu termasuk USD 178 juta eksport sayur-sayuran dari Arab Saudi/UAE kepada Qatar.
Pada lewat hari Isnin, warga awam dilihat memenuhi pasar-pasar untuk menyimpan barang makanan berikutan sekatan itu.
Iran pada masa yang sama telah mengumumkan kesediaan mereka untuk mengisi kekosongan yang wujud beikutan sekatan itu dalam bentuk eksport ke Qatar.
Syarikat Penerbangan Qatar
Qatar Airways yang setakat ini kehilangan 828 buah penerbangan seminggu berikutan sekatan itu. Perkara ini termasuk 370 penerbangan pergi-balik ke UAE dan 324 ke Arab Saudi.
Agensi Berita Fars turut melaporkan bahawa ruang udara negara Republik Islam itu bersedia untuk menghos penerbangan Qatar yang terpaksa membuat lencongan berikutan penutupan ruang udara oleh negara-negara yang mengenakan sekatan ke atas Doha.
Minyak dan Gas
Qatar yang bergantung sumber minyak daripada Bahrain menyaksikan peningkatan mendadak harga minyak yang turut memberikan kesan kepada pasaran saham di negara itu.
Walau bagaimanapun, Qatar pasti tidak akan mengalami sebarang masalah berhubung bekalan gas memandangkan mereka mempunyai rizab yang besar sumber asli itu.
Piala Dunia
Qatar yang turut sedang mempersiapkan dirinya untuk menganjurkan Piala Dunia 2020 juga berhadapan dengan masalah tenaga kerja yang timbul akibat daripada tindakan negara jiran Arab mereka. -ABNA24
/315
7 Jun 2017 - 04:59
News ID: 834801
Arab Saudi telah mengembalai beberapa sekutu mereka di rantau Timur Tengah untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Perkara itu memaksa kerajaan dan warga Qatar mengambil beberapa langkah berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang besar.